bahasa

El Nino punca permintaan bekalan elektrik catat paras tertinggi

Gelombang haba yang disebabkan fenomena cuaca El Nino, menyaksikan permintaan pengguna untuk bekalan tenaga sejak Isnin, melepasi paras had puncak pada 17,000 MW. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 Mac, 2016.Gelombang haba yang disebabkan fenomena cuaca El Nino, menyaksikan permintaan pengguna untuk bekalan tenaga sejak Isnin, melepasi paras had puncak pada 17,000 MW. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 Mac, 2016.Cuaca panas luar biasa sejak beberapa hari lepas, melonjakkan penggunaan elektrik ke paras tertinggi di Semenanjung Malaysia, dengan paras tertinggi waktu puncak pada 17,175 megawatt (MW) dicatatkan pada Rabu, kata Tenaga Nasional Bhd (TNB).

Syarikat utiliti itu berkata gelombang haba yang disebabkan fenomena cuaca El Nino, menyaksikan permintaan pengguna untuk bekalan tenaga sejak Isnin, melepasi paras had puncak pada 17,000 MW.

"Ini memecah rekod permintaan tempoh masa puncak pada 16,901 MW yang direkodkan pada 6 Jun, 2014.

"Berikutan penjanaan elektrik yang mencukupi, permintaan tinggi diunjurkan ini tidak akan memberikan impak ke atas kebolehpercayaan bekalan tenaga," kata TNB dalam satu kenyataan hari ini.

Kapasiti tenaga di Semenanjung kini berjumlah 22,220 MW, dengan 11,818 MW membabitkan kapasiti TNB sendiri dan selebihnya kapasiti daripada pengeluar tenaga bebas.

Pelanggan digalakkan untuk mengamalkan langkah kecekapan penggunaan bekalan tenaga semasa waktu puncak dari 2 petang hingga 5 petang.

Ini termasuk menetapkan penyaman udara pada 23-25 darjah Celcius, menggosok baju dan membasuh pakaian pada waktu malam, memanaskan air di luar waktu puncak dan mengurus operasi mesin atau kilang pada waktu malam. – Bernama, 11 Mac, 2016.

Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments