bahasa

GLC salur sumbangan kepada parti politik melalui CSR, kata Putrajaya

Tiada dana tahunan khusus untuk syarikat berkaitan kerajaan dan Kementerian Kewangan Diperbadankan salur peruntukan kepada parti politik, kata Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 November, 2015.Tiada dana tahunan khusus untuk syarikat berkaitan kerajaan dan Kementerian Kewangan Diperbadankan salur peruntukan kepada parti politik, kata Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 November, 2015.Tiada dana tahunan khusus untuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan Kementerian Kewangan Diperbadankan (MKD) menyalurkan peruntukan kepada parti politik, sebaliknya ia disalurkan melalui tanggungjawab sosial korporat, kata Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak.

Beliau yang juga perdana menteri berkata, sumbangan disalurkan kepada parti politik atau ahli politik meliputi pelaksanaan program seperti menyokong acara sukan sekolah, membantu mangsa banjir dan menjayakan majlis sambutan perayaan dan sumbangan kepada anak-anak yatim dan ibu tunggal.

"Syarikat milik kerajaan melalui MKD dan GLC tidak memperuntukkan dana tahunan khusus bagi sumbangan kepada ahli politik atau parti politik.

"Sebaliknya jika terdapat permohonan sumbangan daripada pihak berkenaan, ia dikendalikan seperti mana permohonan sumbangan daripada pertubuhan bukan kerajaan lain iaitu berdasarkan keperluan organisasi berkenaan dan ketersediaan baki peruntukan belanjawan CSR syarikat semasa permohonan diterima," kata Najib dalam jawapan bertulis di Parlimen, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung dana tahunan GLC yang disumbangkan kepada individu mahupun parti politik sejak 1981 hingga 2014 dan sama ada terdapat perancangan menghentikan sumbangan seperti itu.

"Jumlah sumbangan dalam sesuatu tahun bergantung kepada jumlah permohonan diterima dan keupayaan kewangan syarikat untuk menyediakan peruntukan bagi projek CSR," kata Najib dalam jawapannya.  – 17 November, 2015.

Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments