bahasa
GST bantu Malaysia elak krisis ekonomi, kata Najib
Penurunan harga minyak boleh menyebabkan Malaysia dilanda krisis ekonomi sekiranya Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tidak dilaksanakan, kata Datuk Seri Najib Razak.
Perdana menteri berkata GST, yang menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) membantu meluaskan hasil negara bagi mengelakkan pergantungan tinggi kepada hasil minyak.
GST ialah sistem cukai yang dilaksanakan di seluruh dunia yang lebih telus dan bersistematik berbanding SST, katanya, sambil menambah perubahan dalam sistem cukai negara tidak dapat dielakkan.
Najib, yang juga menteri kewangan berkata dengan perubahan itu, Malaysia kini mempunyai arus pendapatan yang lebih pelbagai dan asas yang kukuh.
"Komuniti perniagaan dan pelabur asing kekal optimistik," kata beliau dalam catatan terbaharunya di blog NajibRazak.com. – Bernama, 9 Jun, 2015.
Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments