bahasa
Henti buat kenyataan serang Pakatan, kata anak bekas presiden PAS
Pemimpin PAS digesa berhenti membuat sebarang kenyataan menyerang Pakatan Rakyat (PR) bagi mengurangkan konflik antara parti, kata Muhammad Faiz Fadzil Noor.
Perwakilan dari Negeri Sembilan itu berkata, sebagai parti yang terbesar dalam PR, kepimpinan baharu PAS diharap menyelesaikan segala isu yang menjejaskan muafakat.
"Kita mohon agar tiada lagi kenyataan mana-mana pemimpin dan ahli dalam PAS yang menyerang rakan-rakan dalam PR.
"Kita perlu tunjukkan jiwa yang besar," katanya semasa membahaskan Muktamar Tahunan PAS ke-61 di Kuala Selangor, hari ini. – 5 Jun, 2015.
Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments