bahasa

Himpunan bantah penglibatan Dr Mahathir dalam gerakan anti Najib malam esok

Badrul Hisham Shahrin daripada Solidariti Anak Muda Malaysia berkata penyokong pembangkang malam esok bertujuan bantah penglibatan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam Deklarasi Rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 Mac, 2016.Badrul Hisham Shahrin daripada Solidariti Anak Muda Malaysia berkata penyokong pembangkang malam esok bertujuan bantah penglibatan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam Deklarasi Rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 Mac, 2016.Penyokong pembangkang akan berhimpun malam esok bagi membantah penglibatan bekas orang kuat Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu gerakan rakyat baru.

Perhimpunan itu menandakan Deklarasi Rakyat yang diterajui Dr Mahathir bertujuan mendesak peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengalami keretakan akibat kepelbagaian politik yang terlibat di dalamnya.

Perhimpunan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor itu akan menyaksikan rakyat biasa berucap di atas pentas menyatakan pendirian mereka terhadap Dr Mahathir, penggerak utama Deklarasi Rakyat, 4 Mac lalu.

Jurucakap salah satu penganjur, Badrul Hisham Shahrin berkata perhimpunan itu akan mengulangi tuntutan supaya Najib berundur dan bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan.

Ia dianjurkan 9 kumpulan yang menyokong parti pembangkang, termasuk persatuan pelajar serta pertubuhan masyarakat sivil.

"Mereka yang akan hadir terdiri daripada orang biasa seperti pemandu teksi, suri rumah, pekerja kilang dan pelajar.

"Setiap mereka akan diberikan 5 minit untuk menyatakan pendapat mereka mengenai Deklarasi Rakyat," kata Badrul Hisham ketika dihubungi.

"Matlamat kami adalah untuk menunjukkan, penyokong reformasi sebenar tidak mahu individu yang memusnahkan institusi di negara ini menjadi sebahagian daripada pergerakan kami.

"Kami bersetuju Najib perlu meletak jawatan tetapi kenapa kita bersekongkol dengan orang seperti Dr Mahathir?" soal beliau yang juga dikenali sebagai CheguBard, yang mengetuai Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

"Akhirnya, pembangkang masih juga akan berdepan Dr Mahathir dan semua pemimpin Umno ini pada pilihan raya umum akan datang."

Deklarasi Rakyat dimeterai pada satu majlis yang menghimpunkan musuh politik tetapi mempunyai hasrat serupa iaitu menekan Najib supaya meletak jawatan dan menggesa pembaharuan institusi.

Ia ditandatangani Dr Mahathir, pesaing politik paling kuat beliau dan bekas tahanan politik semasa 22 tahun pentadbiran beliau, juga pemimpin Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Deklarasi itu dikritik beberapa penyokong Pakatan Harapan, kumpulan masyarakat sivil dan parti-parti Barisan Nasional.

Perhimpunan esok juga akan mengumumkan satu jawatankuasa kerja yang akan mengkaji semula semua skandal kewangan dialami negara bermula daripada pentadbiran Najib sehingga kepada zaman Dr Mahathir. – 11 Mac, 2016.

Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments