bahasa
Najib ‘hero’ selepas singkir Dr Mahathir sebagai penasihat Petronas
khidmatnya sebagai penasihat Petroliam Nasional Bhd (Petronas) hanya mengukuhkan imej “keras” Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kurang memberi impak kepada sentimen terhadap pesara politik itu, kata pemerhati.
Hukuman Putrajaya terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad dengan menamatkanRamai juga akan berfikir ia merupakan 1 permainan adil kerana Dr Mahathir akan melakukan perkara sama jika beliau masih memegang jawatan, kata penganalisis terhadap perdana menteri yang memerintah negara selama 22 tahun dan membawa pemodenan Malaysia tetapi menghakis institusi dan hak kebebasan.
Ketua Penganalisis Politik dan Sosial Penang Institute Dr Wong Chin Huat berkata, ramai akan bersara dengan cara permainan ini diamalkan dalam politik Malaysia.
Beliau menambah, Najib hanya menghantar mesej kepada pemberontak Umno terdapat harga yang perlu dibayar kerana berbeza pendapat.
"Ini akan menakutkan individu yang bergantung hidup kepada rejim ini, supaya mereka perlu lebih berhati-hati," katanya kepada The Malaysian Insider.
Wong berkata, Dr Mahathir pastinya sudah menjangkakan perkara ini, dan kini lebih berazam untuk menewaskan "raksasa yang beliau cipta sendiri".
"Saya tidak fikir Dr Mahathir boleh merungut (kerana dipecat), selepas semua sistem di mana kuasa tertumpu kepada perdana menteri sudah dimulakan sejak pentadbirannya.
"Beberapa orang akan bersimpati terhadap beliau, tetapi ramai yang akan berfikir siapa yang bermain dengan api akan musnah dengan api. Ini akan menguatkan tekad untuk melawan raksasa yang diciptanya," kata Wong.
Pejabat perdana menteri pada Jumaat lepas berkata, Kabinet bersetuju menamatkan khidmat Dr Mahathir sebagai penasihat Petronas yang dipegangnya sejak 2003 selepas bersara daripada politik susulan pelancaran Deklarasi Rakyat yang diketuainya untuk menuntut peletakan jawatan Najib.
Putrajaya berkata deklarasi itu bertujuan untuk "menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara demokratik" dan Dr Mahathir sudah bekerjasama dengan pembangkang.
Usaha ketika ini dijalankan untuk membawa deklarasi itu kepada orang ramai dan mendapatkan lebih banyak tandatangan.
Penganalisis politk Dr James Chin dari Universiti Tasmania di Australia juga merasakan Dr Mahathir tidak boleh berharap mendapatkan lebih banyak simpati susulan kehilangan jawatan di Petronas.
"Tiada kesan. Dr Mahathir sudah menjangkanya.
"Malah, ia menunjukkan (sokongan untuk) Najib kerana keputusan itu dibuat Kabinet.
Chin menambah selepas ini, perkara yang perlu diperhatikan ialah sama ada Najib akan mengganggu perniagaan anak Dr Mahathir.
Ia sekali gus menjadikan perdana menteri muncul sebagai "hero" lebih besar di kalangan penyokongnya dan mengukuhkan imejnya sebagai orang kuat.
"Mesejnya ialah, jangan cari pasal dengan Najib," kata Chin.
Ketua Centre for Policy Initiatives Dr Lim Teck Ghee bagaimanapun merasakan Dr Mahathir masih mempunyai cukup sokongan di kalangan generasi umur pertengahan dan lebih tua serta memperlihatkan langkah terbaru Putrajaya sebagai pertempuran untuk memenangi hati dan minda pengundi Melayu.
Pada masa paling lama, Umno dan media rasmi mengambarkan Dr Mahathir sebagai "pemimpin hebat selama lebih 2 dekad", walaupun selepas beliau bersara pada tahun 2003, dan percaya langkah "membersihkan minda" bukan mudah untuk dilakukan.
"Umno cuba untuk meminggirkan pengaruh Dr Mahathir dalam parti.
"Dr Mahathir dan penyokongnya perlu menjangkakan ancaman yang lebih keras dan penentangan lebih besar terhadapnya dan pembangkang selepas ini
"Ini adalah pertempuran untuk memenangi hati dan minda pengundi Melayu menjelang pilihan raya akan datang,” kata Lim. – 13 Mac, 2016.
Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments