bahasa

Isis cuba culik pemimpin negara untuk dapatkan dana

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata polis akan memerangi Isis tidak kira di mana mereka berada untuk memastikan propaganda mereka tidak tersebar luas di negara ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 Mac 2016.Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata polis akan memerangi Isis tidak kira di mana mereka berada untuk memastikan propaganda mereka tidak tersebar luas di negara ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 Mac 2016.Cubaan Kumpulan Militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis) untuk menculik beberapa pemimpin negara ini, dipercayai bertujuan mendapatkan dana bagi menyebar dan memperluaskan fahaman mereka.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata polis percaya kumpulan itu sanggup melakukan apa sahaja bagi mencapai tujuan tersebut.

"Ancaman Isis ini serius dan polis akan memerangi kumpulan itu walau di mana jua mereka berada demi memastikan propaganda mereka tidak tersebar luas di negara ini," katanya kepada pemberita di Kuala Kubu Baru, hari ini.

Beliau turut memberi jaminan keadaan negara adalah selamat serta terkawal dan polis kini mempertingkatkan lagi usaha memantau kumpulan berkenaan.

Pada Selasa lepas, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri, mendedahkan selain Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, beliau sendiri dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein turut menjadi sasaran kumpulan itu.

Mengulas mengenai bahan uji kaji yang disangkakan bom di Aquaria Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) Rabu lepas, beliau berkata pelajar yang meletakkan objek berkenaan tidak mempunyai niat buruk.

Menurutnya, polis sentiasa berusaha memastikan kawasan tumpuan ramai dan ikonik di negara ini, sentiasa dikawal dengan baik.

Terdahulu beliau menghadiri upacara perbarisan tamat latihan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Kadet Sarjan Siri 1/2015 di padang kawad, Maktab PDRM Kuala Kubu Baru.

Pada majlis itu, seramai 491 pelatih terdiri daripada 387 lelaki dan 104 wanita berjaya menamatkan latihan PLAK selama 9 bulan. – Bernama, 12 Mac, 2016.           

Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments