bahasa

Putrajaya tamatkan khidmat Dr Mahathir sebagai penasihat Petronas

Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan penasihat Petronas sejak beliau bersara dari kerajaan pada 2003. – Gambar  fail The Malaysian Insider, 11 Mac, 2016.Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan penasihat Petronas sejak beliau bersara dari kerajaan pada 2003. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 Mac, 2016.Kabinet hari ini bersetuju sebulat suara menamatkan pelantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai penasihat Petroliam Nasional Berhad (Petronas).

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini berkata kabinet berpendapat demikian kerana Dr Mahathir tidak lagi mendukung kerajaan sedia ada, beliau sewajarnya tidak lagi memegang sebarang jawatan yang ada kaitan dengan kerajaan.

"Kabinet hari ini sudah membincangkan tindakan-tindakan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, khususnya dalam melancarkan Deklarasi Rakyat bersama pemimpin pembangkang pada minggu lepas.

"Deklarasi tersebut bertujuan menjatuhkan kerajaan menerusi satu tindakan yang bertentangan dengan undang-undang dan perlembagaan negara," kata kenyataan itu.

Dr Mahathir dilantik sebagai penasihat Petronas susulan persaraannya sebagai perdana menteri pada 2003.

Beliau juga merupakan pengerusi Proton Holdings sejak Jun 2014. – Bernama, 11 Mac,  2016.

Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments