bahasa
Kaitkan Najib, Rosmah dengan pembunuhan, KPN arah tangkap pengguna Twitter
Ketua polis negara mengarahkan pengguna Twitter dengan nama Faisal Rohban ditangkap kerana didakwa membuat posting menghasut, mengaitkan akuan bersumpah adik kepada Timbalan Pendakwa Raya Kevin Morais dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"PCIRC @PDRMsia, kesan dan tahan penama dibawah ini kerana menghasut," kata Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui Twitternya @KBAB51.
Dalam postingnya, Faisal menyenaraikan pembunuhan Altantuya Shaariibu dari Mongolia, pengasas AmBank Hussain Ahmad Najadi, Kevin dan juga kematian penyiasat persendirian S Balasubramaniam dan berkata semuanya berkaitan dengan Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.
"Mereka ini tidak ada kerja ke selain dari membunuh orang?" katanya dalam posting itu. – 26 November, 2015.
Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments