bahasa
Kami pembangkang di Pulau Pinang, kata setiausaha agung PAS
PAS mengisytiharkan ia kini parti pembangkang di Pulau Pinang, ekoran pemecatan 300 anggotanya daripada pelbagai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di negeri itu baru-baru ini.
Mereka dipecat berikutan keputusan parti itu untuk tidak menyertai pakatan pembangkang baharu, Pakatan Harapan.
"Kami sekarang pembangkang yang matang di Pulau Pinang. Kami pembangkang kepada bekas rakan sekutu kami," kata Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan pada satu sidang media di lobi Parlimen hari ini. – 19 November, 2015.
Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments