bahasa

Kelemahan BN buat ia kalah, bukan sebab krisis Najib-Dr M, kata pensyarah

Pensyarah politik Universiti Malaya Dr Sulastry Ahmad berkata masalah BN sendiri yang membuat parti tersebut lemah, bukan pergaduhan di antara Datuk Seri Najib Razak dan Tun Dr Mahathir Mohamad. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 Mei, 2015.Pensyarah politik Universiti Malaya Dr Sulastry Ahmad berkata masalah BN sendiri yang membuat parti tersebut lemah, bukan pergaduhan di antara Datuk Seri Najib Razak dan Tun Dr Mahathir Mohamad. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 Mei, 2015.Pertelingkahan di antara Datuk Seri Najib Razak dan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan menjadi punca kekalahan BN dalam pilihan raya umum ke-14, kata pensyarah politik Universiti Malaya Dr Sulastry Ahmad.

Sebaliknya, beliau dilaporkan Sinar Harian berkata, BN mungkin kalah kerana kelemahan parti pemerintah itu sendiri dan komponennya.

"Silapnya, ada masyarakat melihat kejatuhan BN sebab Najib gaduh dengan Dr Mahathir. Tidak benar, tetapi lemah BN kerana tidak ada penyatuan yang kukuh di antara parti dalam BN itu sendiri.

"Mereka bertelingkah antara satu sama lain. Umno ada masalah sendiri dan MIC pula bertindak senyap dan tidak buat apa-apa," beliau dipetik berkata.

Akhbar itu turut memetik kenyataan pensyarah Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia, Profesor Datuk Dr Amir Baharudin yang menegur tindakan bekas perdana menteri itu mengkritik Najib.

"Jika pembangkang buat macam itu kita faham, tapi kalau mantan perdana menteri, saya tak boleh faham," katanya. – 19 Mei, 2015.

Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments