bahasa

Keluarga Afrika Selatan mungkin temui serpihan MH370

Serpihan yang ditemui keluarga Afrika Selatan di sebuah pantai di Mozambique 30 Disember lepas. Foto oleh Lotter, 11 Mac, 2016.Serpihan yang ditemui keluarga Afrika Selatan di sebuah pantai di Mozambique 30 Disember lepas. Foto oleh Lotter, 11 Mac, 2016.Satu lagi serpihan mungkin dari pesawat MH370 ditemui keluarga Afrika Selatan di sebuah pantai di Mozambique 30 Disember lepas.

Yahoo Australia melaporkan Casper Lotter berkata keluarganya menemuinya dekat bandar Xai Xai dan membawanya pulang ke Afrika Selatan.

Ia juga melaporkan Bahagian Siasatan Kemalangan dan Insiden Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Afrika Selatan mengesahkan ia akan menghantar seorang pegawai ke rumah keluarganya itu di Wartburg untuk mendapatkan serpihan itu.

Daily Mail UK melaporkan radio Pantai Timur Durban berkata, keluarga Lotter terserempak "objek berkilat" ketika berjalan di pantai.

"Kami mengambilnya, dan saya menterbalikkannya, ia seperti ada lengkungan padanya, dan anda boleh lihat ia seperti dipasang dengan 'pop rivet', seperti ada lubang di tepinya.

"Saya akan menyelidik sedikit dan lihat apa yang saya boleh dapat di Internet. Dan tahukah anda, pada sisinya terdapat nombor siri," Lotter dipetik berkata akhbar Daily Mail.

Mereka hanya menyedari penemuan mereka mungkin serpihan MH370 selepas satu lagi serpihan ditemui di pantai Mozambique.

Serpihan yang Lotter temui, dilabelkan sebagai "676EB", mempunyai persamaan dengan serpihan yang ditemui blogger AS Blaine Gibson 2 minggu lalu. 

Analisis ke atas penemuan Gibson akan dijalankan di Australia awal minggu ini untuk mengesahkan jika ia berasal dari pesawat MH370.

Selasa lepas merupakan ulang tahun ke-2 kehilangan pesawat itu.

MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang pada 8 Mac, 2014 dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Julai lalu, serpihan sayap ditemui terdampar di pulau Lautan Hindi Reunion dan kemudiannya disahkan sebagai milik pesawat berkenaan. – 11 Mac, 2016.

Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments