bahasa

Kes penganggur bunuh teman wanita disebut semula 11 Mei

Mahkamah Majistret di Ipoh hari ini menetapkan 11 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes seorang penganggur yang menghadapi pertuduhan membunuh teman wanitanya, 28 Februari lepas.

Majistret Haslinda A Raof menetapkan tarikh itu selepas pertuduhan ke atas tertuduh N Sanderasegaran, 28, dibacakan dalam bahasa Tamil oleh jurubahasa mahkamah.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Sanderasegaran dituduh membunuh S Durga Devi, 17, antara pukul 11 malam (27 Februari) hingga 6 pagi (28 Februari) di rumah beralamat No. 4, Kampung Batu Besi, Ladang Sengat, Simpang Pulai, di Ipoh.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Naidatul Athirah Azman, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – Bernama, 11 Mac, 2016.

Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments