bahasa
Kit Siang minta speaker jelaskan mengapa tiada soalan 1MDB
DAP hari ini menggesa Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mendedahkan bilangan soalan mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang ditolak beliau sejak prosiding bermula minggu ini.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata Pandikar juga perlu menjelaskan rasional tindakannya itu, kerana urusan firma pelaburan milik negara ini satu perkara yang menjadi kebimbangan orang ramai.
Beliau berkata kerajaan perlu menyediakan jawapan lengkap dan bertanggungjawab dalam kes "skandal mega kembar" 1MDB dan "derma" RM2.6 bilion yang dimasukkan dalam akaun bank peribadi Datuk Seri Najib Razak.
"Pandikar masih belum menjelaskan mengapa terdapat sejumlah besar soalan lisan ahli Parlimen yang ditolak beliau sepanjang tempoh 5 minggu mesyuarat Parlimen yang sedang bersidang atas alasan melanggar Peraturan Mesyuarat," kata Lim dalam satu kenyataan.
Ahli Parlimen pembangkang sebelum ini mengadu soalan mereka mengenai 1MDB dan RM2.6 bilion itu ditolak sekretariat Parlimen.
Lim yang juga ahli Parlimen Gelang Patah ketika ini digantung daripada Parlimen selama 6 bulan, berkata Pandikar nampaknya mencipta satu rekod baharu daripada segi bilangan soalan lisan ditolak.
"Satu rekod meragukan sepatutnya tidak menjadi kebanggaan mana-mana speaker Parlimen, terutama seorang yang sedang bercakap mengenai 'pembaharuan Parlimen'," katanya.
Pandikar bagaimanapun memberitahu satu sidang akhbar pada Rabu, tiada apa yang menghalang ahli Parlimen daripada membangkitkan soalan mereka ketika membahaskan titah ucapan pembukaan Yang di-Pertuan Agong. – 11 Mac, 2016.
Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments