bahasa

Kritik hukuman Anwar, KPN mahu ahli Parlimen Taiping disiasat Akta Hasutan

Sebahagian anggota polis bersedia di hadapan Istana Kehakiman bagi memastikan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku. Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam akaun Twitter berkata tindakan akan diambil terhadap Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming di bawah Akta Hasutan. – Gambar The Malaysian Insider, 10 Februari, 2015.Sebahagian anggota polis bersedia di hadapan Istana Kehakiman bagi memastikan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku. Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam akaun Twitter berkata tindakan akan diambil terhadap Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming di bawah Akta Hasutan. – Gambar The Malaysian Insider, 10 Februari, 2015.Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming menjadi wakil rakyat pertama mendapat perhatian polis selepas mendapati mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan mengulas keputusan kes mahkamah yang menjatuhkan hukuman lima tahun penjara terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam akaun Twitter berkata tindakan akan diambil terhadap Nga di bawah Akta Hasutan.

"Orang di bawah ini sengaja mengundang tindakan @PDRMsia. Kita akan ambil tindakan dibawah Akta Hasutan," katanya dalam akaun Twitter miliknya @KBAB51.

Khalid berkata demikian dalam responsnya terhadap kenyataan @ngakorming berbunyi: Rakyat berdoa untuk Datuk Seri Anwar tetapi tidak kesampaian. Sudah tiba masa rakyat menentang rejim yang zalim.@dapperak". – 10 Februari, 2015.

Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments