bahasa
Ku Li pesan Najib supaya jawab segala persoalan negara
Ahli Parlimen Gua Musang Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah berkata beliau ada berpesan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya menjawab semua persoalan yang dibangkitkan mengenai kepimpinan negara.
Pengasas Petronas dan bekas menteri kewangan itu berkata, beliau diberitahu Najib mempunyai perancangan untuk menyelesaikan persoalan terbabit tetapi perdana menteri tidak memperincikannya.
"Saya beritahu dekat dia (Najib), kita kena buat sesuatu dan dia mesti menjawab soalan-soalan ini supaya kita dapat 'matikan' segala spekulasi dan tohmahan yang mungkin akan menjejaskan kehidupan rakyat...kerana dia kini berada di puncak pemerintahan negara.
"Najib kata dia ada cadangan untuk menyelesaikan masalah terbabit tetapi dia tak beritahu saya semua sekali," kata Tengku Razaleigh yang lebih dikenali sebagai Ku Li, seperti dilaporkan Utusan Malaysia hari ini.
Nama Ku Li sebelum ini dilaporkan antara mereka yang disebut menandatangani Deklarasi Rakyat yang diusahakan bekas seteru politiknya Tun Dr Mahathir Mohamad – satu laporan yang dinafikannya. – 12 Mac, 2016.
Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments