bahasa

LHDN jangka kutip RM118.5 bilion hasil cukai langsung tahun ini

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong berkata Lembaga Hasil Dalam Negeri menjangka dapat kutip RM118.5 bilion daripada hasil cukai langsung bagi 2016. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Mac, 2016.Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong berkata Lembaga Hasil Dalam Negeri menjangka dapat kutip RM118.5 bilion daripada hasil cukai langsung bagi 2016. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Mac, 2016.Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menjangka sejumlah RM118.5 bilion akan dapat dikutip daripada hasil cukai langsung bagi 2016, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong.

Beliau yang menjawab soalan Dr Ko Chung Sen (DAP-Kampar) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini berkata jumlah itu selaras dengan Pengubahsuaian Bajet 2016 berbanding sasaran kutipan asal pada RM125.6 bilion.

Katanya, kutipan cukai langsung yang merangkumi cukai pendapatan individu, syarikat, koperasi, cukai pendapatan petroleum huluan, duti setem dan cukai keuntungan harga tanah oleh LHDN bagi 2015 berjumlah kira-kira RM111.8 bilion.

Chua berkata daripada segi jumlah denda atau penalti yang dikenakan LHDN daripada aktiviti audit cukai bagi tempoh 5 tahun lepas iaitu 2011 hingga 2015 berjumlah RM4.4 bilion iaitu 0.8% daripada jumlah kutipan hasil cukai langsung bagi tempoh berkenaan.

"Sementara bagi jumlah denda atau penalti daripada aktiviti penyiasatan pula, jumlahnya RM0.8 bilion atau 0.1% daripada jumlah kutipan hasil cukai langsung bagi tempoh sama," katanya.

Dr Ko meminta penjelasan jumlah cukai langsung yang dikutip pada 2015 dan jangkaan kutipan bagi 2016, dan jumlah denda yang dipungut daripada audit cukai dan penyiasatan bagi tempoh 5 tahun lepas.

Sementara itu, Chua berkata seramai 173,000 orang rakyat tempatan disekat daripada keluar negara akibat tidak membayar cukai hingga 31 Disember, 2014 dengan jumlah keseluruhan nilai cukai ialah RM4 bilion.

Katanya, hasil tindakan di bawah Seksyen 104 Akta Cukai dan Pendapatan 1967 itu, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengutip semula RM1.3 bilion.

"Langkah lain yang dilakukan kerajaan bagi mengesan pengelak cukai ialah melalui pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) di samping pengumuman perdana menteri mengenai pengubahsuaian Bajet 2016 yang menawarkan pengurangan penalti dan penghapusan kenaikan cukai," katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Irmohizam Ibrahim (BN-Kuala Selangor) yang ingin tahu mengenai mekanisme kerajaan untuk membanteras golongan pengelak cukai dalam negara. – Bernama, 14 Mac, 2016.

Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments