bahasa

Maria Chin tandatangan Deklarasi Rakyat atas kapasiti peribadi, kata Bersih 2.0

Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 memberi sokongan kepada pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin dengan syarat ia bukan semata-mata untuk menggugurkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tetapi juga untuk pilihan raya yang adil dan bebas serta pembaharuan institusi. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 Mac, 2016.Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 memberi sokongan kepada pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin dengan syarat ia bukan semata-mata untuk menggugurkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tetapi juga untuk pilihan raya yang adil dan bebas serta pembaharuan institusi. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 Mac, 2016.Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 menyokong tindakan pengerusinya Maria Chin Abdullah menandatangani Deklarasi Rakyat atas kapasiti peribadi sebagai aktivis yang lama bergerak dalam masyarakat.

Dalam kenyataan petang ini, jawatankuasa itu memberi syarat sokongan itu mestilah melangkaui hasrat menggesa peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Ahli-ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 memberi sokongan kepadanya dengan syarat ia bukan semata-mata untuk menggugurkan Najib tetapi juga untuk pilihan raya yang adil dan bebas serta pembaharuan institusi.

"Mesyuarat awal dengan badan bukan kerajaan (NGO) yang memperakui tandatangan itu juga memberi sokongan dengan syarat sama.

"Perlu dimaklumkan yang beberapa NGO tidak setuju Maria menandatangani deklarasi yang dimulakan Tun Dr Mahathir Mohamad. Namun, majoriti pada mesyuarat NGO yang memperakui (deklarasi) menyokong tandatangan Maria selaku individu," kenyataan jawatankuasa itu dipetik.

Memetik kenyataan sama, jawatankuasa itu menyatakan mereka menghormati pendirian Maria namun mereka sama sekali tidak akan menyokong Deklarasi Rakyat.

Justeru, NGO pendesak reformasi pilihan raya itu memberi jaminan dana Bersih 2.0 tidak akan diguna untuk tujuan aktiviti gerakan Selamatkan Malaysia yang lahir daripada Deklarasi Rakyat.

"Deklarasi adalah inisiatif rakyat berasingan dan tidak memerlukan tandatangan organisasi.

"Maka, Bersih selaku organisasi tidak akan terlibat atau menggunakan dananya untuk aktiviti Deklarasi Rakyat," katanya. – 12 Mac, 2016.

Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments