bahasa

Masalah mendapan di klia2 perkara biasa, kata timbalan menteri

Mendapan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) tidak pernah menjejaskan operasi penerbangan dan segala kerja pembaikan serta penyelenggaraan tidak menggunakan wang kerajaan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 Mei, 2015. Mendapan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) tidak pernah menjejaskan operasi penerbangan dan segala kerja pembaikan serta penyelenggaraan tidak menggunakan wang kerajaan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 Mei, 2015. Masalah mendapan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) ialah perkara biasa yang berlaku tidak hanya di Malaysia tetapi juga di luar negara, kata Datuk Seri Abdul Aziz Kaprawi hari ini.

Timbalan menteri pengangkutan itu berkata, mendapan itu tidak pernah menjejaskan operasi penerbangan di landasan lapangan terbang kos rendah itu dan segala kerja pembaikan dan penyelenggaraan tidak menggunakan wang kerajaan.

"Ia merupakan perkara biasa yang berlaku bukan sahaja di klia2, bahkan mana-mana lapangan terbang di dunia, seperti di Bangkok, Thailand," katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Aziz menjelaskan, tapak klia2 keseluruhannya berciri tanah gambut, dan hal berhubung mendapan dikenal pasti lebih awal oleh pihak teknikal Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB).

"Mendapan berlaku sebab tanah lembut. Ini biasa bagi mana-mana pembinaan di kawasan tanah lembut yang dibuat secara cepat, tanpa menunggu tanah mencapai keadaan mendapan secara maksimum, biasanya dalam tempoh 5 hingga 10 tahun," katanya.

Beliau berkata, sehingga Mei 2014, kos penyelenggaraan bagi mengatasi masalah itu melibatkan sejumlah RM14 juta. – 19 Mei, 2015.

Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments