bahasa
Mukhriz hadir mesyuarat MT Umno, disambut laungan ‘Hidup MB Kedah’
Kedatangan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir di Ibu Pejabat Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur disambut dengan laungan dan sorakan daripada penyokongnya.
Mukhriz hadir di PWTC untuk menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) kira-kira jam 3 petang dengan memakai kemeja berwarna biru dan seluar kelabu kelihatan tenang sambil tersenyum ketika melalui pintu masuk.
Malah sewaktu laungan "Hidup Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz" kedengaran, pemimpin itu yang kini berdepan risiko digulingkan hanya melambaikan tangan kepada penyokongnya.
Mukhriz juga tidak memberikan sebarang komen kepada media. – 29 Januari, 2016.
Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments