bahasa

Najib jumpa Muhyiddin bincang hati ke hati, kukuhkan Umno

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau sudah mengadakan perbincangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau sudah mengadakan perbincangan Datuk Seri Najib Razak hari ini dilihat menyindir mana-mana pihak yang menyebarkan berita palsu berhubung krisis dalaman Umno membabitkan dirinya selaku presiden, dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan presiden Umno serta menegaskan khabar angin tersebut adalah tidak benar. 

Najib pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini berkata, beliau sudah mengadakan perbincangan "dari hati ke hati" bersama Muhyiddin dan memberikan komitmen akan selalu berbincang berhubung isu-isu berbangkit. 

"Jadi kalau ada apa-apa berita angin yang tersebar sebelum mesyuarat ini, maka kecewalah mereka yang menyebar berita palsu tersebut," kata Najib, kepada pemberita di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini. 

"Saya berjumpa dari hati ke hati dengan beliau (Muhyiddin) pada pagi tadi dan saya memberi pengakuan kita akan selalu bincang, dari hati ke hati untuk pastikan kepemimpinan Umno diperingkat pucuk pimpinan berada dalam keadaan yang selesa dan kukuh supaya tiada pihak yang cuba memecah belahkan kita, terutamanya saya dengan timbalan presiden," katanya. – 11 Mei, 2015.

Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments