bahasa
Operasi mencari dan menyelamat tragedi bot berlanggar di Tuaran ditangguhkan
Operasi mencari dan menyalamat (SAR) mangsa kejadian pelanggaran bot di Sungai Serusup dekat Panimbawan, di Tuaran, malam tadi ditangguhkan tengah hari tadi, kata Pemangku Ketua Polis Daerah Tuaran ASP Raji Hussin Suhodin.
Beliau berkata keputusan menangguhkan operasi berkenaan pada 1.32 tengah hari itu dibuat selepas pihaknya berpuas hati dengan penemuan 6 mayat mangsa dan tidak menerima aduan mengenai orang hilang.
"Sebenarnya, kita tidak mendapat maklumat tepat mengenai bilangan penumpang yang menaiki kedua-dua bot berkenaan, namun kita memutuskan untuk menangguhkan operasi berikutan tiada lagi laporan mengenai orang hilang," katanya kepada pemberita hari ini.
Katanya, operasi yang disertai kira-kira 60 anggota dari Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, polis, bomba dan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia itu dilancarkan sejak 11 malam tadi, selepas pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu.
"Kita sangat berterima kasih dengan kerjasama semua agensi terilbat termasuk penduduk kampung yang memberi bantuan dan turut serta dalam operasi mencari dan menyelamat," katanya.
Dalam kejadian kira-kira 10.30 malam Sabtu itu, 6 penumpang bot terkorban akibat lemas manakala 24 mangsa berjaya diselamatkan. – Bernama, 13 Mac, 2016.
Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments