bahasa

Pakatan beri notis pada Dewan Rakyat, akan serah alternatif Pota

Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin berkata Pakatan Rakyat akan serah alternatif Rang Undang-undang Pencegahan Keganasan (Pota) di Dewan Rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 April, 2015.Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin berkata Pakatan Rakyat akan serah alternatif Rang Undang-undang Pencegahan Keganasan (Pota) di Dewan Rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 April, 2015.Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) menyerahkan notis kepada Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berhubung Rang Undang-undang Pencegahan Keganasan (Pota) sekali gus memberikan peluang kepada mereka untuk menyerahkan alternatif rang undang-undang berkenaan.

Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin berkata PR menyokong usaha kerajaan dalam membasmi aktiviti pengganas, namun menegaskan mereka juga akan melindungi kepentingan dan hak demokrasi.

"Kami mahu Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (PSC) diadakan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu berbincang dengan Barisan Nasioanal (BN) dan PR di peringkat jawatankuasa.

"Kami mahu KDN ada peluang 'menang-menang', bincang dengan kami," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Pada sidang media yang turut disertai Ahli Parlimen Kelana Jaya Wong Chen, Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin, Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng dan beberapa ahli Parlimen lain, mereka berkata akan membentangkan pindaan yang dicadangkan PR di peringkat jawatankuasa di Parlimen.

PR antara lain dalam rang undang-undang itu mencadangkan pegawai polis yang melakukan tangkapan suspek seharusnya berpangkat sekurang-kurangnya superintenden ke atas; tuduhan terhadap suspek seharusnya dibawa ke peringkat Mahkamah Tinggi dalam tempoh 24 jam tahanan; Mahkamah Tinggi yang memutuskan jika tertuduh akan dibebaskan atau direman; dan jika direman, tempohnya tidak melebihi 14 hari; serta selepas tempoh 14 hari, tertuduh mesti didakwa dan jika tiada pendakwaan, tertuduh perlu dibebaskan. – 6 April, 2015.

Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments