bahasa

PAS lebih kuat bersendirian tanpa blok ketiga, kata penganalisis

PAS akan lebih kuat jika kekal bersendiri tanpa bersekutu dengan parti lain dalam blok ketiga politik, kata penganalisis. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 Mac, 2016.PAS akan lebih kuat jika kekal bersendiri tanpa bersekutu dengan parti lain dalam blok ketiga politik, kata penganalisis. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 Mac, 2016.Profesor Dr Mohd Fuad Mat dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yakin PAS akan lebih kuat jika kekal bersendiri tanpa bersekutu dengan parti lain dalam blok ketiga politik, menurut Sinar Harian hari ini.

Penganalisis politik itu dilaporkan berkata, ini kerana PAS boleh kekal menjuarai Islam secara bersendirian sewaktu Umno dan Pakatan Harapan berhadapan pelbagai masalah.

"Pada tahap ini, PAS tidak perlu memikirkan untuk bergabung, sebaliknya perlu memantapkan perjuangan mereka.

"Malah, dengan pelbagai isu melanda Umno dan Pakatan Harapan sekarang, PAS menjadi parti politik alternatif pilihan rakyat," belau dipetik berkata.

Fuad berkata, sorotan sejarah membuktikan PAS sering kali gagal apabila bergabung dengan parti lain.

"PAS kena lihat suara akar umbi, adakah mereka suka PAS bekerjasama dengan pakatan lain? Sejarah juga membuktikan PAS boleh bersendirian, namun sering gagal apabila bergabung dengan parti lain," katanya seperti dilaporkan akhbar itu.

PAS pada 16 Mac ini dijangka mengumumkan senarai parti dalam blok ketiga yang digagaskan mereka. – 11 Mac, 2016.

Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments