bahasa

PAS tanding 11 kerusi pada pilihan raya Sarawak

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata PAS bertanding untuk menyuburkan amalan demokrasi di Sarawak dengan memberi pilihan kepada rakyat negeri ini calon yang diyakini boleh mewakili mereka ke Dewan Undangan Negeri. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 Mac, 2016.Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata PAS bertanding untuk menyuburkan amalan demokrasi di Sarawak dengan memberi pilihan kepada rakyat negeri ini calon yang diyakini boleh mewakili mereka ke Dewan Undangan Negeri. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 Mac, 2016.PAS malam ini mengesahkan akan meletakkan calon di 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya Sarawak ke-11 akan datang.

Mengumumkan demikian, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata parti itu bertanding untuk menyuburkan amalan demokrasi di Sarawak dengan memberi pilihan kepada rakyat negeri ini calon yang diyakini boleh mewakili mereka ke DUN. 

"11 kerusi DUN tersebut ialah Samariang, Pantai Damai, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro, Kakus, Jepak, Samalaju, Lambir dan Pujut," katanya, pada Majlis Makan Malam Pelancaran Tawaran Sejahtera Untukmu Sarawak Menjelang Pilihan Raya Sarawak di Kuching malam ini.

Turut hadir Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Datuk Mustafa Ali. – Bernama, 12 Mac, 2016.

Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments