bahasa
Pecat ahli tandatangani Deklarasi Rakyat, naib ketua Umno bahagian gesa MT
Sekumpulan naib ketua Umno bahagian memberitahu Majlis Tertinggi (MT) agar memecat Tun Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin parti lain yang menandatangani Deklarasi Rakyat, yang mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dipecat daripada jawatannya.
Menyatakan sokongan mereka terhadap Najib, Pengerusi Kelab Naib Ketua Umno Bahagian 1Malaysia Datuk Mohamad Anuar Mohammad Yunus juga menggesa Putrajaya menggunakan kuasanya memecat bekas perdana menteri itu daripada kedudukannya sebagai pengerusi Yayasan Kepimpinan Perdana, Petronas dan Proton.
"Kami mencadangkan MT Umno memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tan Sri Sanusi Junid dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir daripada parti dan sesiapa yang menandatangani deklarasi daripada Umno," katanya pada sidang media hari ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur.
Walaupun nama Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tidak disebut semasa sidang akhbar itu, namanya muncul dalam kenyataan kelab berkenaan. – 8 Mac, 2016.
Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments