bahasa

Pecat Dr Mahathir daripada Petronas adalah salah guna kuasa, kata PKR

Ahli Parlimen Padang Serai N Surendran berkata, walaupun perdana menteri mempunyai kuasa terhadap pentadbiran dan pelantikan di Petronas, ia tidak mutlak. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 Mac, 2016.Ahli Parlimen Padang Serai N Surendran berkata, walaupun perdana menteri mempunyai kuasa terhadap pentadbiran dan pelantikan di Petronas, ia tidak mutlak. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 Mac, 2016.Pemecatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai penasihat kepada syarikat minyak negara Petroliam Nasional Bhd (Petronas) atas alasan berlainan pegangan politik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak disifatkan sebagai langkah tidak mengikut undang-undang dan boleh dicabar, kata PKR hari ini.

Ahli Parlimen Padang Serai N Surendran berkata, apa yang lebih mengejutkan apabila Pejabat Perdana Menteri sendiri mengakui alasan pemecatan itu kerana Dr Mahathir tidak lagi menyokong kerajaan.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan semalam, Pejabat Perdana Menteri mengatakan tindakan terhadap Dr Mahathir kerana penglibatannya melancarkan "Deklarasi Rakyat" bersama pembangkang pada minggu lepas. 

"Deklarasi tersebut bertujuan menjatuhkan kerajaan menerusi satu tindakan yang bertentangan dengan undang-undang dan Perlembagaan negara," kata kenyataan itu.

Dr Mahathir dilantik sebagai penasihat Petronas susulan persaraannya sebagai perdana menteri pada 2003.

Beliau juga merupakan pengerusi Proton Holdings sejak Jun 2014.

Surendran berkata, walaupun perdana menteri mempunyai kuasa terhadap pentadbiran dan pelantikan di Petronas, ia tidak mutlak sambil menambah tidak ada perkara seperti budi bicara mutlak dalam demokrasi.

Tambahnya lagi  keputusan sama ada Dr Mahathir menyokong kerajaan sekarang tidak ada kena mengena dengan objektif atau pentadbiran Petronas.

"Pendek kata, sebarang penggunaan kuasa yang jatuh di luar skop akta merupakan salah guna kuasa," katanya.

Beliau juga berkata sebarang tindakan menggunakan kuasa sewenang-wenangnya bertentangan dengan klausa Perlindungan dalam Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan, dan ia terbuka kepada tindakan undang-undang.

"Penyingkiran Dr Mahathir itu dicemari dan menyalahi undang-undang. PM dan Kabinet beliau hanya mempunyai satu pilihan.

"Mereka mesti melantik semula Dr Mahathir sebagai penasihat Petronas," katanya. – 12 Mac, 2016.

Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments