bahasa

Pemandu teksi protes di Parlimen, serah memorandum bantah Uber

Pemandu teksi berdaftar di Malaysia bimbang mengenai kewujudan dan penggunaan aplikasi teksi bebas, Uber bukan sahaja menjejaskan segi sumber pendapatan mereka, malah operasinya boleh meninggalkan kesan terhadap keselamatan negara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 Jun, 2015.Pemandu teksi berdaftar di Malaysia bimbang mengenai kewujudan dan penggunaan aplikasi teksi bebas, Uber bukan sahaja menjejaskan segi sumber pendapatan mereka, malah operasinya boleh meninggalkan kesan terhadap keselamatan negara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 Jun, 2015.Sebuah badan yang mewakili 25 persatuan teksi di Lembah Klang dan Putrajaya nekad berhimpun di luar bangunan Parlimen hari ini sebagai tanda bantahan terhadap kewujudan perkhidmatan teksi bebas.

Perhimpunan yang disertai kira-kira 100 pemandu teksi itu, di bawah Badan Bertindak Pemandu Teksi (BBPTB), bertujuan menyerahkan memorandum kepada ahli Parlimen, menuntut Dewan Rakyat mengisytiharkan pengharaman aplikasi penyedia tempahan teksi dalam talian oleh Uber.

Pengerusi BBPTB Amran Jan berkata, kebimbangan paling utama pemandu teksi berdaftar di Malaysia mengenai kewujudan dan penggunaan aplikasi teksi bebas itu ialah, Uber bukan sahaja menjejaskan segi sumber pendapatan mereka, malah operasinya boleh meninggalkan kesan terhadap keselamatan negara.

"Jawapan bertulis pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat berkaitan isu Uber pada 15 Januari tahun ini mengatakan buat masa ini tiada undang-undang yang mengawal perkhidmatan mereka.

"Kenyataan atau situasi begini amat merbahaya terhadap kedaulatan undang-undang negara seandainya aplikasi penyedia tempahan Uber ini menjalankan operasi perniagaan seperti urusan jual beli senjata api atau dadah.

"Adalah amat malang bagi negara jika tidak mempunyai kuasa untuk menghalangnya," katanya kepada pemberita. – 9 Jun, 2015.

Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments