bahasa
Pemuda Umno bimbang, bangkitkan ‘konflik kepentingan’ CEO Tabung Haji dalam 1MDB
Pemuda Umno hari ini melahirkan kebimbangan mengenai pembelian tanah oleh Lembaga Tabung Haji (TH) daripada 1Malaysia Development Berhad, dan mahu Putrajaya tampil beri penjelasan termasuk yang berkisar konflik kepentingan melibatkan seorang pegawai tertinggi TH.
Pergerakan itu menyenaraikan beberapa soalan kepada Kementerian Kewangan dan juga TH, sambil berkata ia risau sekiranya badan simpanan wang bakal haji itu digunakan untuk menyelamatkan 1MDB yang diselubungi hutang berbilion ringgit.
"Sebarang usaha untuk menyelamatkan 1MDB yang boleh merugikan rakyat tidak boleh diterima," menurut kenyataan Pemuda Umno dalam reaksi pertamanya sejak isu pembelian tanah berharga RM188.5 juta itu menjadi hangat semalam.
Antara lain, Pemuda Umno mahu Kementerian Kewangan menjelaskan bagaimana wang RM188.5 juta itu akan digunakan.
Ia juga menimbulkan persoalan konflik kepentingan melibatkan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Johan Abdullah yang juga merupakan ahli Lembaga 1MDB.
"Apakah wujud konflik kepentingan lain yang melibatkan pegawai kanan TH dalam transaksi ini?" – 8 Mei, 2015.
Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments