bahasa
Pendekatan Malaysia terhadap Islam bahaya, kata Azmi Sharom
Cara agama dikendalikan di negara ini hari ini menampakkan satu bahaya yang jelas di mana perlindungan kepada rakyat yang diperuntukkan Perlembagaan Persekutuan kini hanya menjadi satu ilusi, kata Dr Azmi Sharom.
Ia amat menakutkan khususnya bagi umat Islam, terutamanya selepas keputusan Mahkamah Persekutuan baru-baru ini yang memutuskan peruntukan dalam enakmen jenayah syariah Selangor, yang mengehadkan kebebasan bersuara, selari dengan Perlembagaan, kata pensyarah undang-undang itu.
Azmi merujuk kepada kes ZI Publications dan pengarahnya Mohd Ezra Mohd Zaid, yang memfailkan petisyen pada 2013 mencabar Seksyen 16 Enakmen Jenayah Syariah 1995.
Ezra didakwa pada 2013 atas kesalahan di bawah seksyen itu kerana terlibat dalam penerbitan buku “Allah, Love and Liberty” (Allah, Cinta dan Kebebasan) yang ditulis Irshad Manji.
"Keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Ezra seolah-olah memberi kuasa penuh kepada badan perundangan negeri membuat apa sahaja undang-undang yang mereka mahu di bawah nama Islam, walaupun ia sebenarnya merampas hak kita yang dilindungi Perlembagaan.
"Dari segi hak asasi manusia, ia sangat berbahaya. Apa yang berlaku sekarang ialah, perlindungan yang kita sepatutnya dapat kini menjadi ilusi," katanya pada satu forum mengenai Islam dalam Demokrasi Perlembagaan hari ini.
Katanya, sejak beberapa dekad yang lalu, keadaannya ialah "hanya satu versi yang betul" apabila berurusan dengan hal ehwal Islam di Malaysia.
Beliau berkata, mereka yang tidak bersetuju dengan versi ini berdepan kemungkinan akan dihukum. – 5 Disember, 2015.
Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments