bahasa

Penukaran agama di luar kuasa mahkamah sivil, kata peguam

M. Indira Gandhi dinasihatkan Peguam Datuk Zainul Rijal Abu Bakar supaya mencari saluran lain untuk mencabar penukaran agama 3 orang anaknya. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 30 Disember, 2015.M. Indira Gandhi dinasihatkan Peguam Datuk Zainul Rijal Abu Bakar supaya mencari saluran lain untuk mencabar penukaran agama 3 orang anaknya. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 30 Disember, 2015.Peguam Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata penghakiman Mahkamah Rayuan hari ini menjelaskan yang penukaran agama adalah persoalan agama dan hanya Mahkamah Syariah mempunyai kuasa dalam hal itu.

"Keputusan majoriti menjelaskan perkara ini dan mahkamah sivil tiada hak mendengar dan menentukan isu," katanya kepada pemberita.

Zainul yang bertindak sebagai peguam pemerhati Persatuan Peguam Muslim berkata, M. Indira Gandhi boleh mencuba saluran lain bagi mencabar penukaran agama anak-anaknya.

"Ada kes mahkamah agama ini mengisytiharkan seorang yang mati sebagai bukan Islam apabila cabaran difailkan," katanya tanpa menjelaskan saluran yang tersedia buat Indira.

Hakim Datuk Balia Yusof Wahi dan Datuk Dr Badariah Sahamid hari ini membenarkan rayuan Jabatan Agama Islam Perak, kerajaan negeri dan persekutuan, Kementerian Pendidikan dan mualaf Muhammad Riduan Abdullah, yang mencabar keputusan Mahkamah Tinggi menolak sijil penukaran agama 3 orang anaknya yang di bawah umur. – 30 Disember, 2015.

Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments