bahasa

Persatuan Malaysia Universiti Nottingham lulus usul bahas turunkan potret Najib

Persatuan Malaysia Universiti Nottingham memberi maklum balas terhadap usul pelajar dari Malaysia Cassandra Chung yang dimuat naiknya dalam laman sesawang www.change.org. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Mac, 2016.Persatuan Malaysia Universiti Nottingham memberi maklum balas terhadap usul pelajar dari Malaysia Cassandra Chung yang dimuat naiknya dalam laman sesawang www.change.org. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Mac, 2016.Persatuan Malaysia Universiti Nottingham meluluskan usul pelajar dari Malaysia Cassandra Chung untuk menurunkan potret Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada mesyuarat agung tahunan (AGM) pada 16 Mac ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, jawatankuasa itu memberi maklum balas terhadap usul Chung yang dimuat naiknya dalam laman sesawang www.change.org.

"Oleh itu, kami melihat tidak ada sebarang sebab mengapa perlu menghalang usul Cassandra daripada dibahaskan semasa AGM pada 16 Mac 2016 kerana ia adalah non-partisan dan tidak seharusnya dijadikan sesuatu yang menjejaskan kepentingan masyarakat kita. Kami juga dipertanggungjawabkan untuk membentangkan dan membahaskan usulnya di AGM kami.

"Jawatankuasa ini juga memahami keputusan sama ada untuk menurunkan atau tidak potret perdana menteri.

"Jawatankuasa ini mengakui pendirian kumpulan ini perlu diputuskan melalui undi ahli semasa perbahasan dan disebabkan itu, jawatankuasa ini menyeru kepada semua ahli mengambil perhatian dan hadir ke AGM untuk mengundi berhubung perkara ini," kata kenyataan itu.‎

Menurut Chung sebelum ini, beliau menuntut potret itu diturunkan sebagai satu luahan bersama berhubung tindakan percanggahan pendapat susulan keengganan perdana menteri menjawab perkara yang mencurigakan iaitu pemindahan RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya.

Tanpa menyatakan sama ada setuju atau tidak dengan tindakan pelajar itu, jawatankuasa Persatuan Malaysia Universiti Nottingham berkenaan turut mengambil kesempatan mengatakan mereka menentang sebarang ancaman keganasan sama ada terhadap beliau dan keluarganya dan menyeru agar semua pihak yang terlibat berfikir secara rasional mengenai isu terbabit sebelum membuat sebarang keputusan.

"Kami faham terdapat banyak pihak memerhatikan isu ini dan kami meminta maaf sekiranya jika terdapat kata-kata atau pandangan yang diluahkan menjejaskan mereka," menurut kenyataan itu sambil menekankan isu itu akan dikendalikan tanpa berat sebelah.

Chung sebelum ini berkata, selepas memuat naik petisyen itu dan viral, beliau memberitahu ada menerima ancaman atas talian dan mendapat perhatian pihak berkuasa.

Katanya, kira-kira 2 atau 3 jam selepas petisyen itu dimuat naik, beliau dimaklumkan seorang anggota jawatankuasa Persatuan Malaysia Universiti Nottingham  yang Suruhanjaya Tinggi (Malaysia di Singapura) mencari nombornya.

Setakat ini, pelajar undang-undang itu menerima lebih dari 4,000 tandatangan bagi menyokong usul untuk dikemukakan kepada Persatuan Malaysia Universiti Nottingham. – 13 Mac, 2016.

Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments