bahasa

Perwakilan gesa Pemuda PAS nyata sokongan kepada Hadi, jangan jadi pengecut

Perwakilan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Mohd Ridzuan Ariffin berkata, kepimpinan Pemuda gagal mempertahankan presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Jun, 2015.Perwakilan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Mohd Ridzuan Ariffin berkata, kepimpinan Pemuda gagal mempertahankan presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Jun, 2015.Seorang perwakilan Muktamar Pemuda PAS ke-56 di Shah Alam menggesa agar kepimpinan sayap pemuda parti Islam itu tidak menjadi pengecut dan perlu segera menyatakan sokongan terhadap kepimpinan presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Berucap membahaskan ucapan dasar ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat, perwakilan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Mohd Ridzuan Ariffin berkata, kepimpinan Pemuda gagal mempertahankan Hadi walaupun beliau diserang bertalu-talu oleh pemimpin DAP.

"Di dalam siri serangan finah yang dibuat secara terbuka terhadap presiden PAS, oleh pimpinan parti DAP, pemuda sendiri yang gagal membela presiden.

"Dia (DAP) menyerang dan menghina presiden PAS, tetapi Pemuda diam membisu seribu bahasa, ini bukan simbol anak soleh yang melihat bapanya dihina," katanya dalam perbahasan tersebut.

Ridzuan berkata, Pemuda PAS tidak seharusnya membiarkan Hadi dihina dan mereka seharusnya melakukan apa sahaja demi mempertahankan Hadi.

"Kepada rakan Pakatan Rakyat (PR) mahupun lawan, Pemuda PAS tidak akan sesekali pun benarkan presiden kami dihina dan ditentang.

"Kami akan buat apa sahaja untuk pertahan presiden kami, ini bukan sifat Pemuda beriman tapi pengecut," katanya. – 3 Jun, 2015.

Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments