bahasa
Petronas hormati keputusan Putrajaya tamatkan khidmat Dr Mahathir
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menghormati sebarang keputusan Putrajaya mengenai kedudukan penasihat syarikat minyak nasional itu.
"Pelantikan penasihat Petronas adalah hak Putrajaya. Petronas menghormati sebarang keputusan dibuat kerajaan mengenai perkara itu," kata Petronas dalam satu kenyataan.
Kabinet hari ini sebulat suara bersetuju menamatkan pelantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai penasihat Petronas.
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, disebabkan Dr Mahatir tidak lagi menyokong kerajaan, Kabinet berpendapat beliau tidak sepatutnya memegang jawatan yang berkaitan dengan kerajaan.
"Kabinet hari ini membincangkan beberapa tindakan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, khususnya dalam melancarkan Deklarasi Rakyat bersama beberapa pemimpin parti pembangkang minggu lepas.
Dr Mahathir dilantik penasihat Petronas selepas beliau meletak jawatan sebagai perdana menteri pada 2003. Beliau kekal sebagai pengerusi Proton Holdings Bhd, jawatan yang dilantik pada Jun 2014. – Bernama, 11 Mac, 2016.
Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments