bahasa

PKR gesa Najib hentikan serangan terhadap media

Penahanan wartawan dan sekatan media ialah usaha untuk menakut-nakutkan petugas media dan serangan ke kebebasan media dan hak bersuara, kata Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Mac, 2016.Penahanan wartawan dan sekatan media ialah usaha untuk menakut-nakutkan petugas media dan serangan ke kebebasan media dan hak bersuara, kata Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Mac, 2016.Susulan beberapa siri serangan terhadap media dan terbaru penahanan petugas media dari Australia kerana ingin bertanyakan soalan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, PKR hari ini mengecam tindakan yang disifatkan sebagai cubaaan menakutkan petugas media.

Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata, ianya jelas merupakan 1 serangan hebat ke atas kebebasan media dan kebebasan bersuara dan pentadbiran Najib digesa untuk menghentikan tindakan tersebut.

"Saya mengecam penangkapan ini, yang jelas merupakan 1 usaha untuk menakut-nakutkan petugas media. Ini merupakan 1 serangan hebat ke atas kebebasan media dan kebebasan bersuara, dan merupakan sebahagian daripada siri tindakan - termasuk halangan akses ke laman Sarawak Report dan The Malaysian Insider.

"Serta pengusiran Mary Anne Jolley dari program 101 East Aljazeera - yang jelas menunjukkan sikap tidak toleran Putrajaya terhadap media yang bebas," katanya dalam 1 kenyataan media hari ini.

Terdahulu The Sdney Morning Herald (SMH) melaporkan krew agensi media Australia ABC Four Corners ditahan di Malaysia semasa melaporkan “isu politik tempatan”.

ABC bagaimanapun masih belum mengesahkan siapa yang ditahan tetapi dipercayai wartawan Linton Besser dan jurukamera ditahan dan dibebaskan beberapa jam selepas menghadiri sidang media Najib di Kuching, Sarawak.

Fahmi yang juga naib ketua Pemuda PKR berkata, meskipun laporan menyatakan krew ABC itu sudah dibebaskan, mereka masih boleh didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

"Pertama, daripada segi prinsip, mereka tidak patut ditahan hanya kerana mereka ingin menanyakan soalan kepada perdana menteri.

"Ke-2, sebarang usaha untuk mendakwa anggota media kerana melaksanakan tugas mereka sebagai estet ke-4 demokrasi patut dikecam.

"Saya menggesa pentadbiran Datuk Seri Najib untuk menghentikan serangan terhadap media. Media yang bebas merupakan asas penting buat demokrasi dan usaha-usaha untuk mendiamkan media akhirnya akan merosak imej Malaysia di mata dunia," katanya. – 13 Mac, 2016.

Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments