bahasa
PKR tak tahu rancangan PAS tubuh blok politik baharu
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata pihaknya selaku rakan politik PAS tidak mengetahui keputusan parti itu yang mahu membentuk blok politik baharu.
Justeru, pihaknya akan menunggu pengumuman PAS berkenaan perkara itu pada 16 Mac ini
"Saya tidak dimaklumkan PAS setakat ini, jadi saya akan tunggu pengumuman 16 Mac ini.
"Kemudian kita akan bincang di peringkat PKR terlebih dahulu," katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.
PAS baru sahaja mengumumkan akan membentuk blok ke-3 politik dengan parti politik pelbagai kaum namun akan hanya mendedahkan perinciannya pada 16 Mac ini. – 12 Mac, 2016.
Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments