bahasa

PPPM-PT jadi pemangkin masa depan cemerlang Malaysia

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) pemangkin transformasi negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 April, 2015.Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) pemangkin transformasi negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 April, 2015.Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) (PPPM-PT) bakal menjadi pemangkin kepada transformasi negara untuk bersaing di peringkat global.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata pelan yang menggariskan 10 lonjakan itu mampu mewujudkan modal insan yang dikategorikan sebagai 3B iaitu berbakat, bertaraf global dan berteraskan nilai positif.

"Saya yakin pelan ini akan memangkin transformasi dan ia boleh menentukan masa depan yang lebih cemerlang untuk negara Malaysia," katanya ketika berucap melancarkan PPPM PT di Kuala Lumpur, hari ini.

Turut hadir timbalannya merangkap Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh.

Najib berkata PPPM-PT menumpukan kepada penjanaan pelajar berbakat yang penting bagi sesebuah negara dalam mengekalkan kejayaannya. – Bernama, 7 April, 2015.

Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments