bahasa
Putrajaya jamin terus bina rumah mampu milik berkualiti kepada rakyat
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sekali lagi memberi jaminan kepada rakyat kerajaan akan terus menyediakan rumah mampu milik dan berkualiti kepada mereka.
Beliau berkata ini bukan sahaja untuk memastikan mereka mempunyai tempat berlindung tetapi juga meningkatkan kekayaan mereka.
Ini juga bagi memenuhi Manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Basional Nasional (BN) apabila BN berjanji untuk membina 1 juta unit rumah di seluruh negara dalam tempoh 5 tahun.
Najib berkata demikian ketika melancarkan Ekspo Rumah PRIMA @Sarawak di bangunan lama Dewan Undangan Negeri di Kuching hari ini.
Turut hadir ialah Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu, Menteri Perumahan Negeri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg dan Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA Datuk Abdul Mutalib Alias.
"Kami berjaya membina 500,000 rumah melalui PR1MA. Kami akan melakukan yang terbaik untuk membina unit-unit selebihnya bagi memenuhi janji kami," kata beliau.
Najib berkata bagi Sarawak, PR1MA dan Perbadanan Pembangunan Perumahan negeri bekerjasama untuk membina kira-kira 9,185 unit pelbagai jenis rumah.
"Dalam hubungan ini, hubungan yang lebih kukuh adalah perlu antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan untuk memudahkan program ini.
Di Sarawak, contohnya, kerajaan negeri menyediakan tanah sementara kerajaan persekutuan memperuntukkan dana," kata beliau.
Najib berkata pada masa sekarang, rakyat tidak lagi berpuas hati sekadar memiliki rumah yang murah.
"Mereka mahu rumah yang berkualiti dan luas dengan kemudahan moden tetapi pada harga yang mereka mampu," katanya.
Beliau berkata walaupun ia merupakan cabaran yang sukar tetapi kita berjaya, dalam keadaan tertentu mencapai matlamat ini melalui PR1MA apabila harga rumah adalah 20% lebih rendah daripada harga pasaran dan ini pasti memberi manfaat kepada rakyat," katanya.
Pada majlis itu, Najib turut menyampaikan surat tawaran kepada 5 keluarga tempatan yang berjaya dalam permohonan untuk membeli rumah impian mereka.
Beliau juga melancarkan aplikasi mudah alih "PR1MA" bagi memudahkan pendaftaran rumah PR1MA kepada orang ramai, terutama mereka yang tidak mempunyai akses internet di rumah. – Bernama, 12 Mac, 2016.
Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments