bahasa

Putrajaya nafi amalan ‘political master’ dalam kenaikan pangkat pegawai kerajaan

Putrajaya menolak wujudnya amalan  “political master”  untuk memberikan kenaikan pangkat kepada penjawat awam terutama pegawai perkhidmatan tadbir dan diplomatik (PTD) kata Datuk Seri Shahidan Kassim (gambar, kanan).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, kenaikan pangkat bagi pegawai PTD adalah berasaskan kepada merit dan potensi penjawat awam itu sendiri.

"Mengenai soalan pegawai kerajaan yang layak tapi tidak dinaikkan pangkat, ia memerlukan pencerahan. Apakah 'political master' ini berlaku di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan, sudah tentu tidak berlaku iaitu apabila menteri menolak kenaikan pangkat penjawat awam dan ia juga tidak terjadi di Putrajaya," katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul yang meminta kerajaan menjelaskan adakah masih terdapat amalan "political master" dalam kenaikan pangkat penjawat awam.

"Di zaman dahulu kenaikan pangkat secara terus kepada ketua setiausaha negara namun saya difahamkan akhir-akhir ini ada pegawai yang layak namun tidak dinaikkan pangkat kerana menteri tidak mahu, jadi adakah political master masih diamalkan," soal beliau. – 19 Mei, 2015.

Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments