bahasa

Putrajaya nafi bayar Paul Stadlen

Pejabat Perdana Menteri mempunyai 4 penasihat rasmi, menurut jawapan Parlimen Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 20 Mei, 2015.Pejabat Perdana Menteri mempunyai 4 penasihat rasmi, menurut jawapan Parlimen Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 20 Mei, 2015.Putrajaya menafikan pernah membuat sebarang pembayaran gaji kepada Penasihat Komunikasi Pejabat Perdana Menteri, Paul Stadlen, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.

Dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, Shahidan berkata setakat ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hanya mempunyai empat penasihat  dan antaranya ialah Tan Sri Dr Rais Yatim dan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

"Perdana menteri punyai empat penasihat Datuk Seri Dr Abdullah Md Zin, Datuk Mohd Johari Baharom , Tan Sri Dr Rais Yatim dan Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil.

"Kerajaan hanya membayar gaji dan elaun mengikut  kelayakan masing-masing berdasarkan kepada kepakaran yang diberikan," kata Shahidan.

Beliau berkata demikian menjawab soalan lisan Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin yang meminta kerajaan menyatakan bilangan penasihat rasmi perdana menteri dan jumlah bayaran termasuk semua elaun setiap seorang penasihat tersebut.

Hanipa turut meminta kerajaan menjelaskan pembayaran gaji kepada Stadlen setakat April 2014. – 20 Mei, 2015.

Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments