bahasa
Selamatkan negara lebih penting berbanding perasaan sendiri, kata Guan Eng
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini tidak menolak wujud isu kepercayaan dalam kerjasama dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam menggesa peletakan jawatan Datuk Seri Najib Razak, tetapi ia perlu diketepikan demi menyelamatkan Malaysia.
"Bukan saya kata tidak ada masalah (kepercayaan), tetapi yang penting ialah jika kita ada alternatif untuk menyelamatkan Malaysia, maka kita pilih ke arah itu," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Malah, Lim berkata beliau mengakui tidak mungkin ahli keluarganya boleh melupakan perbuatan Dr Mahathir ketika menjadi perdana menteri.
Bagaimanapun, katanya, agenda menyelamatkan Malaysia kini lebih besar daripada perasaan mereka.
"Persoalannya adakah perasaan kita lebih penting daripada kita, atau negara lebih penting. Kalau perasaan kita lebih penting maka kita tidak ada apa untuk diperkatakan," katanya. – 14 Mac, 2016.
Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments