bahasa

Semak pendirian pemimpin utama GLC, kata Pemuda Umno Pulau Pinang

Kontrak pemegang jawatan penting di syarikat milik kerajaan (GLC) seharusnya tidak disambung atau ditamatkan serta merta jika pendirian dan tindakan mereka tidak selari dengan hasrat kerajaan persekutuan, kata Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Rafizal Abd Rahim. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 Mac, 2016.Kontrak pemegang jawatan penting di syarikat milik kerajaan (GLC) seharusnya tidak disambung atau ditamatkan serta merta jika pendirian dan tindakan mereka tidak selari dengan hasrat kerajaan persekutuan, kata Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Rafizal Abd Rahim. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 Mac, 2016.Pemuda Umno Pulau Pinang hari ini meminta kerajaan melihat semula pendirian dan tindakan pemegang jawatan penting di syarikat milik kerajaan (GLC) sama ada mereka masih mendukung hasrat dan aspirasi kerajaan sedia ada atau sebaliknya.

Ketuanya Rafizal Abd Rahim dalam kenyataan hari ini berkata kontrak mereka seharusnya tidak disambung atau ditamatkan serta merta jika pendirian dan tindakan mereka tidak selari dengan hasrat kerajaan persekutuan.

Sambil menyokong keputusan Kabinet tidak menyambung kontrak Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai penasihat Petronas, beliau berkata ia adalah satu keputusan yang tepat pada masanya.

"Tindakan ini dibuat selari dengan perbuatan Tun Dr Mahathir kebelakangan ini yang tidak lagi menyokong kepimpinan negara khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak," katanya.

Semalam, kerajaan menamatkan perkhidmatan Dr Mahathir sebagai penasihat Petronas ekoran tindakannya melancarkan "Deklarasi Rakyat" bersama pemimpin pembangkang minggu lepas untuk menyingkirkan Najib sebagai perdana menteri. – Bernama, 12 Mac, 2016.

Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments