bahasa

Siapa yang kebudak-budakan, Shafie tanya Ku Nan

Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal berkata Deklarasi Rakyat adalah langkah yang baik dan beliau menyokongnya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 Mac, 2016.Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal berkata Deklarasi Rakyat adalah langkah yang baik dan beliau menyokongnya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 Mac, 2016.Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal hari ini mengetepikan kritikan beliau bersikap "kebudak-budakan" dalam menyokong Deklarasi Rakyat, yang bertujuan menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Katanya kepada pemberita ketika ditemui di Parlimen hari ini, pengkritik beliau boleh berkata apa sahaja mereka mahu mengenainya.

"Siapa yang kebudak-budakan? Biarlah mereka cakap, itu hak mereka untuk bercakap," kata Shafie.

Terdahulu hari ini, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, Shafie dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir perlu dibiarkan sahaja dengan cara "kebudak-budakan" mereka.

Tengku Adnan, juga dikenali sebagai Ku Nan, berkata demikian ketika ditanya sama ada Umno akan mengambil tindakan terhadap mereka berhubung Deklarasi Rakyat.

"Tiada komen, tiada komen. Mengapa saya perlu komen mengenai manusia yang perangai macam budak-budak? Biarkan mereka jadi budak-budak," kata Ku Nan ketika ditemui di lobi Parlimen.

Mukhriz, bekas menteri besar Kedah adalah antara pemimpin Umno yang menandatangani Deklarasi Rakyat pada Jumaat lalu mendesak peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Walaupun tidak menjadi salah seorang penandatangan, Shafie yang juga naib presiden Umno berkata ia langkah yang baik dan beliau menyokongnya.

Lebih daripada 40 pemimpin menandatangani deklarasi yang mempunyai 37 mata itu, termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, pemimpin parti pembangkang dan pergerakan masyarakat sivil.

Dr Mahathir semalam berkata, kerjasama antara pelbagai pemimpin parti itu bersifat sementara dan mereka boleh meneruskan perbezaan mereka apabila tuntutan dalam deklarasi itu dipenuhi. – 10 Mac, 2016.

Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments