bahasa
Tak perlu takut, DAP terhad perintah negeri tertentu, kata Mat Sabu
PAS tidak perlu takut dengan sesiapa termasuk DAP dalam melaksanakan perjuangan parti, malah potensi mereka memerintah hanya terhad di negeri tertentu sahaja, kata Mohamad Sabu.
Timbalan presiden PAS itu berkata, PAS tidak sepatutnya terpengaruh dengan serangan musuh yang meletakkan DAP sebagai penghalang besar.
"Permainan media menakutkan kita dengan DAP seolah-olah DAP itulah segala-galanya di Malaysia.
"Jangan takut dengan sesiapa. DAP hanya boleh perintah negeri, itu sahaja," katanya dalam ucapan perasmian Dewan Muslimat PAS di Shah Alam, hari ini.
Mohamad berkata, PAS sebaliknya jika terus bekerjasama dalam Pakatan Rakyat (PR) mampu menguasai Perlis, Pahang, Johor, Negeri Sembilan, dan menguasai semula Kedah, Terengganu, dan Perak dengan PAS sebagai menteri besar.
Beliau menekankan kepentingan kerjasama dan menyeru supaya mencari jalan selamatkan hubungan DAP dan PAS.
"Selagi tidak rosak akidah, selagi tidak sampai jahanam, matlamat kita maka kena cari jalan selamatkan PR supaya dapat terus memerintah dan buat perubahan," katanya.
Katanya, perpecahan dalaman hanya akan memberikan kemenangan kepada musuh PR dan mahu adu domba yang memecahbelahkan PR perlu dihindar habis-habisan.
"Kalau mereka berjaya pecahkan kita, kitalah yang jadi penyelamat untuk mereka terus kekal memerintah Putrajaya. Ini peringatan," katanya.
Beliau turut memberi amaran penyakit 'takfir', iaitu mudah melabelkan pihak lain sebagai kafir yang sedang menular dalam PAS akan membawa parti itu krisis seperti di Timur Tengah jika tidak dibendung.
"Di negara ini, penyakitnya belum datang tetapi bunganya sudah ada. Kalau sampai ke peringkat tidak boleh dikawal maka akan berlakulah di seperti negara Timur Tengah yang garis penamatnya kita tidak tahu berapa lama boleh keluar," katanya. – 3 Jun, 2015.
Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments