bahasa

Tarik balik tangkapan pengurus Borders, Jawi hina Perlembagaan, kata SIS

Tindakan Jawi yang menarik balik dan membatalkan tangkapan dan pendakwaan Nik Raina Nik Abdul Aziz (tengah) dilihat sebagai penghinaan kepada Perlembagaan Persekutuan serta dianggap mencalarkan imej Islam. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 Mac, 2015.Tindakan Jawi yang menarik balik dan membatalkan tangkapan dan pendakwaan Nik Raina Nik Abdul Aziz (tengah) dilihat sebagai penghinaan kepada Perlembagaan Persekutuan serta dianggap mencalarkan imej Islam. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 Mac, 2015.Tindakan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menarik balik dan membatalkan tangkapan dan pendakwaan Pengurus Bahagian Latihan Kedai Buku Borders, Nik Rania Nik Abdul Aziz bukan sahaja menghina Perlembagaan Persekutuan, malah bercanggah dengan prinsip keadilan Islam, kata Sisters In Islam (SIS).

Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang mempertahankan hak wanita Islam itu berkata, tindakan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan dan Jawi itu mengecewakan kerana memberikan imej yang negatif kepada pihak berkuasa agama dan mencalarkan imej Islam.

Katanya, tindakan Jawi merupakan pencabulan terhadap Perkara 5,8, 10 dan 11 Perlembagaan Persekutuan yang bertentangan dengan hak asasi manusia.

"Pendakwaan terhadap Nik Raina merupakan satu penyalahgunaan proses mahkamah dan pendakwaan yang berniat jahat.

"Nik Raina diperlakukan seperti seorang penjenayah walaupun beliau belum dibicarakan oleh Mahkamah Syariah.

"Ini bercanggah dengan prinsip 'Al Aslu Baraah Al Zimmah', iaitu seseorang itu tidak bersalah sehingga diputuskan oleh mahkamah, yang menjadi asas kepada sistem pengadilan jenayah di dalam Islam," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

SIS juga menggesa Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mengambil tindakan sewajarnya terhadap penghinaan mahkamah yang dilakukan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Mohamad Adib Husain dan Jawi.

Katanya, Mohamad Adib sebagai penjawat awam tertakluk kepada keputusan semakan kehakiman yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 22 Mac 2013 dan Mahkamah Rayuan pada 30 Disember tahun lalu, dan pengabaian keputusan tersebut merupakan satu penghinaan terhadap kedudukan sistem perundangan negara.

"Ia juga membuka ruang diskriminasi kepada pekerja-pekerja Muslim yang turut mempunyai kebarangkalian untuk berhadapan dengan pendakwaan seperti yang terjadi ke atas Nik Raina," katanya.

Jawi dilaporkan membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan pada 26 Februari lalu yang membebaskan Nik Raina daripada tuduhan mengedar buku yang bertentangan dengan undang-undang Islam, 3 tahun lalu.

Mengeruhkan keadaan, surat itu dihantar secara terus ke tempat kerja Nik Raina di pusat beli-belah Mid Valley dan bukannya melalui firma wakil peguamnya, Lee Hishammuddin Allen & Gledhill.

Beliau didakwa kerana mengedar buku karangan Irshad Manji berjudul Allah, Kebebasan dan Cinta yang bertentangan dengan undang-undang Islam di kedai buku tersebut pada 23 Mei 2012.

Bagi kesalahan itu, beliau didakwa mengikut Seksyen 13 (1) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 yang membawa hukuman denda sehingga RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya.

Tahun lalu, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan memutuskan tindakan pegawai Jawi menyerbu, menggeledah dan merampas buku kontroversi itu ketika kejadian adalah tidak sah, melanggar undang-undang dan terbatal kerana dilakukan sebelum Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengeluarkan sebarang perintah larangan berhubung buku itu mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. – 16 Mac, 2015.

Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments