bahasa
Tiada ancaman keselamatan di forum ‘Nothing To Hide’, kata Dr Mahathir
Tidak wujud ancaman keselamatan pada forum "Nothing to Hide", kata Tun Dr Mahathir Mohamad, mengatakan ia hanya alasan perdana menteri untuk tidak menghadirinya dan mengelak dari menjelaskan kontorversi yang melanda 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Dr Mahathir, yang menghadiri forum yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra Jumaat lalu itu, berkata tidak wujud sebarang keadaan yang menggugat keselamatan selain seorang lelaki yang dikenali sebagai Ali Tinju yang "agak bising."
"Saya tengok satu video klip tentang apa yang terjadi. Tiada ancaman keselamatan kecuali Ali Tinju yang agak bising. Jelas sekali beliau mahu acara itu dibatalkan. Kita tahu dia memihak siapa," tulis bekas perdana menteri itu di blognya hari ini.
"Ia sesuatu yang merugikan. Najib sepatutnya boleh terangkan segalanya dan orang macam saya boleh didiamkan."
Najib dijadualkan menghadiri forum tersebut yang dianjurkan badan bukan kerajaan SukaGuam tetapi beliau menarik diri pada saat akhir.
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan selepaas itu berkata, Najib tidak hadir atas nasihat Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengarahkan forum itu dibatalkan demi menjaga "ketenteraman awam dan keharmonian negara".
Majlis itu kemudiannya ditangguhkan dan Dr Mahathir sebaliknya naik ke pentas dan berucap sebelum polis menghentikan ucapannya di hadapan lebih 1,000 orang di lokasi berkenaan. – 9 Jun, 2015.
Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments