bahasa

Tiada lebihan kos untuk klia2, kata menteri pengangkutan

Putrajaya memaklumkan kenaikan kos klia2 disebabkan konsep reka bentuk baharu bagi lapangan terbang dan keperluan khusus pihak berkepentingan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 Mei, 2015.Putrajaya memaklumkan kenaikan kos klia2 disebabkan konsep reka bentuk baharu bagi lapangan terbang dan keperluan khusus pihak berkepentingan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 Mei, 2015.Putrajaya menegaskan hari ini, lapangan terbang kos rendah klia2 tidak mengalami sebarang lebihan kos (cost overrun), walaupun ia melambung tinggi daripada RM1.7 bilion kepada RM4 bilion.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kenaikan itu disebabkan konsep reka bentuk baru bagi lapangan terbang itu, yang dibuka Mei tahun lepas.

"Sebenarnya, projek klia2 tidak pernah alami lebihan kos. Kos projek meningkat kerana skop tambahan dengan adanya konsep reka bentuk baru untuk klia2, atau keperluan khusus pihak berkepentingan, seperti syarikat penerbangan dan kerajaan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu jawapan bertulis kepada Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz (DAP-Raub) hari ini. – 19 Mei, 2015.

Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments