bahasa
Tidak dedah jaminan kewangan perkara baru di Parlimen, kata Ku Li
Tindakan Putrajaya tidak mendedahkan kandungan surat sokongan terhadap hutang syarikat milik Kementerian Kewangan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Dewan Rakyat adalah perkara baru, dan belum pernah berlaku sebelum ini, kata Tengku Razaleigh Hamzah.
Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, amalan kebiasaannya sejak dahulu adalah Dewan Rakyat akan sentiasa dimaklumkan berkenaan segala jenis jaminan dan instrumen kewangan yang dikeluarkan Putrajaya.
"Pada ingatan saya ini adalah perkara baharu, biasanya kita bentangkan segala-galanya, sama ada Surat Sokongan, Surat Jaminan, dan 'Letter Of Comfort'," katanya, yang lebih dikenali sebagai Ku Li.
Pemimpin veteran Umno itu berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli ketika perbahasan titah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Dewan Rakyat, Parlimen hari ini.
"Kita juga bertanggungjawab untuk memastikan segala jaminan, instrument kewangan dan 'letters of comfort' yang membebankan rakyat jelata dengan hutang dibentangkan di Dewan yang mulia ini," katanya.
Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments