bahasa
Vietnam lebih menarik jika Malaysia tidak tandatangan TPPA, kata menteri
Datuk Seri Mustapa Mohamad hari ini menyuarakan kebimbangan pelabur asing akan lebih tertarik untuk melabur di Vietnam berbanding Malaysia sekiranya kita tidak menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).
Menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu berkata kepada Dewan Rakyat, beliau khuatir Malaysia akan ketinggalan sekiranya dilihat menjadi anti pelaburan asing dan anti perdagangan.
Beliau mengingatkan ahli Parlimen, 30 tahun lalu, Malaysia, Korea Selatan, Singapura, dan Taiwan berada dalam keadaan pembangunan yang sama, namun hari ini, kebanyakan mereka kesemuanya sudah menjadi negara maju.
"Kita tidak mahu ketinggalan oleh Vietnam atau negara-negara jiran. Kita mahu menjadi negara maju tetapi saya khuatir kita mengambil pendekatan yang ketinggalan, tertutup, anti pelaburan asing dan anti perdagangan. Saya takut Malaysia akan ketinggalan.
"Saya risau Malaysia akan menyesal jika tidak menyertai TPPA kerana pelabur akan melihat negara seperti Vietnam lebih menarik untuk menjadi destinasi pelaburan," kata Mustapa ketika membentangkan usul berkaitan TPPA di Dewan Rakyat, hari ini. – 26 Januari, 2016.
Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments