bahasa
Yuran pemeriksaan kesihatan pekerja asing kini di portal Pos Online
Ejen dan majikan pekerja asing kini boleh membuat pembayaran yuran pemeriksaan kesihatan pekerja asing mereka secara dalam talian melalui portal Pos Online (Pos Malaysia).
Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Pemantauan dan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (Fomema) Datuk Mohd Hatar Ismail berkata kemudahan itu adalah alternatif selain kaedah pembayaran menggunakan draf bank, cek, wang pos dan melalui CIMB Clicks.
"Kami menyediakan lebih pilihan kepada pelanggan untuk membuat pembayaran yuran pemeriksaan kesihatan pekerja asing melalui portal Pos Online di www.posonline.com.my mengikut waktu operasi standard Pos Malaysia," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.
Katanya, menjadi tanggungjawab Fomema menampung keperluan pelanggan untuk kemudahan dan perkhidmatan yang pantas serta selesa bagi membuat pembayaran secara dalam talian sama ada di rumah atau pejabat.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh berkata para majikan dan ejen pekerjaan yang berurusan dengan Fomema terutama dalam proses pembayaran pemeriksaan kesihatan pekerja asing akan menikmati transaksi urusan lebih pantas dan mudah.
Sistem pembayaran elektronik ini turut memudahkan proses pemantauan rekod pembayaran pihak majikan agar sentiasa mematuhi etika perniagaan dan perundangan yang ditetapkan, katanya dalam kenyataan sama. – Bernama, 11 Mac, 2016.
Please note that you must sign up with disqus.com before commenting. And, please refrain from comments of a racist, sexist, personal, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. As comments are moderated, they may not appear immediately or even on the same day you posted them. We also reserve the right to delete off-topic comments